Assalammualaikum wbt.. May Peace be upon you !

Dafi Menang Tempat ke-3 di Romania


Penyanyi dan pelakon, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra dengan panggilan Dafi 25 tahun, merupakan peserta tunggal negara Asia mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Crystal Stars Music Fest di Romania pada Sabtu lalu untuk kategori 19 tahun ke atas. 

Menyampaikan lagu miliknya sendiri 'Dalam Hati Ini',  Dafi ternyata cukup gembira dengan kejayaannya itu. 

“Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira. Kejayaan ini bukan hanya milik saya sahaja tetapi untuk negara Malaysia juga. Saya sebenarnya hanya ingin mencuba nasib dan menimba pengalaman serta mencari kawan-kawan yang sealiran dalam bidang nyanyian. Sama sekali tak sangka akan pulang dengan trofi di tangan. 

Bagaimanapun, saya memang cuba memberikan persembahan terbaik di pertandingan tersebut. Syukur berjaya mendapat tempat ketiga, dan ini merupakan saat terbaik untuk diri saya dan peminat" - ujar Daffi ketika dihubungi baru-baru ini.

Difahamkan hampir 50 penyertaan menerusi video telah dihantar untuk kategori 19 tahun ke atas. Hanya 8 orang yang telah dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya sekali gus bertanding untuk merebut gelaran juara. 


Pada pertandingan tersebut, penyanyi Amanda Imani dilantik sebagai juri pertandingan yang diadakan bagi memperingati Raja Pop, Michael Jackson. "Memang Amani menjadi juri tetapi dia tidak boleh mengadili saya memandangkan kami dari satu negara.

Peserta tuan rumah, Romania berjaya bergelar juara, manakala tempat ke-2 diraih oleh peserta dari Ukraine.



Note : Petikan of course lah dari wartawan dn berita tempatan

Comments

CASHBACK.. SIGN UP GET FREE RM10 & EARN MORE MONEY !!

CASHBACK.. SIGN UP GET FREE RM10 & EARN MORE MONEY !!
CLICK PICTURE

Contact Form

Name

Email *

Message *

BLOG LIST