Prince & Princess

Thursday, 16 January 2014

Cara buat Perangkap Nyamuk (Dr. Geina Hadi)

Assalammualaikum you alls..

Semoga para Blogger serta yang pembaca story ni sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati oleh Allah dunia dan akhirat. #feeling sekejap..rasa macam tengah tulis surat cinta pulak..hikhik..
Apa yang saya pelajari ini adalah hasil dari perkongsian Dr Geina Hadi..baik sungguh hati beliau kerana sudi berkongsi dengan kita semua. Terima kasih Doktor..!! Kreatif dan tak terfikir la pulak.. Cara ini dapat membantu kita mengatasi kita untuk menentang nyamuk Aedes serta sekutunya yang boleh mendatangkan penyakit Demam Denggi..


Tengok gambar dengan teliti dan buat betul2 tau.




Apa yang kita perlukan ialah: 

200 ml air 50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) 
1 botol plastik 2-liter. 


Bagaimana caranya: 

1. Potong botol plastik kepada separuh. Simpan bahagian atas. 
2. Campurkan gula perang dgn air panas. Biarkan sejuk, dan tuangkan di separuh bahagian bawah botol. 
3. Tambah yis. Tidak perlu digaul. Ia akan menghasilkan Karbon Dioksida menarik perhatian nyamuk. 
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi. 
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang berwarna hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda. 


Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk akan bertambah dan akan mati di dalam botol. Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain . 


Dr Giena Hadi P/S: Jangan lupa denggi @ nyamuk ini boleh membunuh seseorang!


KESIHATAN ADALAH SEGALANYA!

No comments:

Post a Comment

Share your comment here..Thank you..

Get Update by Email