Prince & Princess

Wednesday, 6 November 2013

Siapa Aku tanpa MU



Assalammualaikum u'olls..

Ingatlah kepada Allah swt. Ingat dengan segala tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah dan apa yang diamanahkan kepada kita. Setiap apa yang diberikan akan ditanya oleh Allah swt kelak. Di mana? Di dalam kubur dan di Hari Kebangkitan semula kita semua.  Setiap apa perkara dan benda yang kita lakukan akan ditanya walaupun sebesar zarah. Baik atau buruk kita yang tentukan. 

Dapatkah uolls bayangkan bagaimana dengan semua benda dan makhluk kat dunia ni? Macam debu dan habuk. Bumi akan musnah. Dalam bumi ada kita kan ! Masya Allah ! Subhanallah ! Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta. Kembali semuanya kepada-Nya.



Siapa aku tanpa Mu,  Ya Allah. Insan yang Kau ciptakan untuk hidup sementara di dunia yang fana ini.

Hidup ini penuh dengan rahsia Allah swt..Apa lagi kebaikan yang KAU nak bagi pada aku Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku hanya milik Mu Ya Allah Ya Tuhanku.

Tiada siapa dapat membantu dan mendengar luahanku, tapi hanya KAU yang benar-benar memahami jiwa sanubariku..

Aku bersyukur pada mu atas kurniaan yang KAU berikan kepadaku, tanpa kasih sayang-MU tak mungkin aku hidup lagi di dunia mu ini.

Marilah kita semua bertaubat sebelum terlambat. Sebelum Malaikat Maut - Izra'il menjemput kita pergi selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment

Share your comment here..Thank you..

Get Update by Email