Prince & Princess

Tuesday, 22 October 2013

10 Cara Menuju Cinta Allah swt


Assalammualaikum semua..

Imam Ibnu Qayyim menjelaskan langkah-langkah menuju cinta Allah swt iaitu ;

1. Membaca Al Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.


2. Taqarub kepada Allah swt melalui ibadah-ibadah fardu.

3. Sentiasa ingat kepada Allah swt dalam segala tingkah laku, melalui lisan, hati, amal dan perilaku.

4. Cinta kepada Allah swt melebihi cinta kepada diri sendiri.

5. Sentiasa musyahadah (menyaksikan) dan makrifat (mengenal) Allah swt.

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah swt yang akan membawa kepada cinta hakiki kepadanya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah swt.

7. Sentiasa tunduk dan bertawadduk di hadapan Allah swt.

8. Menyendiri bersama Allah swt ketika kesunyian malam.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah swt.

10. Menjauhi hati dari melakukan syirik dan menyekutukan Allah swt. 

Kesimpulan ringkas : 
Bersihkan hati dari niat buruk terhadap sesama makhluk Allah swt yang berada di muka bumi ini..berfikiran positif terhadap perkara atau keadaan/situasi yang menimpa diri kita. Ingatlah wahai diri ini dan semua yang membaca bahawa Allah swt sentiasa dekat dengan kita dan sayang pada hamba-Nya. Setiap ujian yang menimpa adalah tanda kasih dan sayang Allah swt kepada kita agar kita berada di jalan yang lurus serta benar. 

Salah dan silap dari pihak saya harap dimaafkan 
Yang Benar dan Baik dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment

Share your comment here..Thank you..

Get Update by Email